Saturday, April 9, 2011

Pelajar-pelajar Darul Bayan di Yaman selamat pulang

PINANG MERAH 24 Mac : Seramai 8 orang pelajar tajaan Darul Bayan selamat sampai ke tanah air. Kepulangan mereka di nanti-nanti oleh ahli keluarga mereka di Malaysia. Pihak SMI Darul Bayan mengucapkan selamat pulang dan kembali kepangkuan keluarga.

Negara Yaman masih dalam pergolakan yang merunsingkan. Pelbagai pihak telah menyuarakan kebimbangan terhadap warga negara Malaysia di sana. Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menghantar pulang semua warga Malaysia di Yaman.



Pihak SMIDB mengucapkan selamat pulang.

Petikan dari blog smidarulbayan