Saturday, April 9, 2011

Pelajar-pelajar Darul Bayan di Yaman selamat pulang

PINANG MERAH 24 Mac : Seramai 8 orang pelajar tajaan Darul Bayan selamat sampai ke tanah air. Kepulangan mereka di nanti-nanti oleh ahli keluarga mereka di Malaysia. Pihak SMI Darul Bayan mengucapkan selamat pulang dan kembali kepangkuan keluarga.

Negara Yaman masih dalam pergolakan yang merunsingkan. Pelbagai pihak telah menyuarakan kebimbangan terhadap warga negara Malaysia di sana. Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menghantar pulang semua warga Malaysia di Yaman.



Pihak SMIDB mengucapkan selamat pulang.

Petikan dari blog smidarulbayan

Thursday, March 10, 2011

Update: Aktiviti Terkini bulan Februari

17/02/2011, Alhamdulillah, Iftar jamaei (berbuka puasa bersama) berjalan seperti yang dirancang. Hari ni kami menjamu selera bersama – sama. Selepas selesai berbuka, kami solat maghrib berjemaah.

Setelah itu, mesyuarat tergempar dilangsungkan memandangkan beberapa perkara perlu diselesaikan dengan kadar segera. Selesai mesyuarat, kami berjemaah Isya’ dan terus ke rumah PERMAYA (Persatuan Pelajar Malaysia Yaman) untuk membuang undi untuk pemilihan EXCO Permaya yang baru.

MB Februari 2011

MB kali ini juga telah berjaya dilangsungkan. Ketua Rumah Darul Bayan Yaman, Nasrullah bin Awang Muda memberikan sedikit tazkirah pada kali ini.


Aktiviti Akan datang;

MB Mac 2011 - 31 Mac 2011

Thursday, January 27, 2011

Update: Aktiviti Akan Datang

10 Februari 2011 - Iftar Jamaei

24 Februari 2011 - Muhasabah Bulanan

MB Januari 2011

27 Jan 2011 - Muhasabah Bulanan (MB) Januari 2011 telah dijalankan malam tadi. Beberapa perkara berbangkit dan lain -lain perkara telah berjaya diselesaikan terutamanya berkaitan kewangan semasa Darul Bayan Yaman.

Selain itu, sedikit tazkirah yang berguna daripada saudara Amirul. Diharap kita semua terutama DB Yaman dapat menghayati tazkirah tersebut untuk mengeratkan lagi hubungan kita. Amin...

Berikut beberapa keping gambar MB Januari 2011

Pengerusi majlis MB Januari 2011

Saudara Amirul memberikan tazkirah

Bendahari meng'update'kan akaun...

Wednesday, January 26, 2011

Ujian Bulanan

26 Jan 2011 - Alhamdulillah, 4 orang daripada kami yang menuntut di Universiti Sains dan Teknologi / University of Science and Technology / جامعة العلوم و التكنولوجيا , Sanaa baru sahaja selesai menjalani ujian bulanan hari ini. Doakan kami semua mendapat keputusan yang cemerlang.


Wednesday, January 19, 2011

Mendaki Bukit Shamlan

14 jan 2011 – Sana’a ; Kami Darul Bayan Yaman seramai 7 orang bersama dua orang sahabat kami di sini melakukan sedikit riadah. Buat kali pertama program kami ialah mendaki Bukit Shamlan, Sana’a. Berikut beberapa keping gambar aktiviti kami.



Bergambar sebelum memulakan perjalanan kira-kira jam 8:00 pagi
Bergambar berlatarkan Bukit Shamlan

Mula mendaki

Darul Bayan Crew di puncak Bukit Shamlan
Sempat lagi bergambar sebelum turun

Tuesday, January 4, 2011

Update: Aktiviti Terkini

Yang Lepas

Muhasabah Bulanan (Disember)- 23 Disember 2010

Akan Datang

Riadah (Mendaki Bukit Shamlan, Sana'a, Republic of Yemen)- 14 Januari 2011

Muhasabah Bulanan (Januari)- 27 Januari 2011

Sunday, January 2, 2011

First Posting

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini entry pertama blog ini. Tujuan blog ini dipublish oleh kami, para pelajar dari Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan yang melanjutkan pengajian ke Sana'a Yaman ialah untuk memudahkan perhubungan antara kami dengan keluarga kami, pihak Darul Bayan dan para penaja sebahagian dari kami.